Tuesday, February 8, 2011

Koleksi Teka-Teki 6

Ayam apa yang bertelur di mana saja?
Jawapan: Ayam betina.

Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana?
Jawapan: Ayam jantan tidak bertelur.

Kenapa anak babi jalan tunduk?
Jawapan: Kerana malu ibunya seekor babi.

Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
Jawapan: Kerana ibunya bukan seekor babi.

Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?
Jawapan: Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar.

Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
Jawapan: Pisang goreng.

Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
Jawapan: Tumpah la.

Sungai apa paling tajam?
Jawapan: Dungai Lembing.

Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
Jawapan: Orang utan.

Ikan apa yg miskin?
Jawapan: Ikan kering.

Orang apa boleh dibuat menggoreng?
Jawapan: Orang minyak.

Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui?
Jawapan: Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang.

Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?
Jawapan: Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.

Jalan Ampang, bengkok di mana?
Jawapan: Di Thailand.

Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
Jawapan: Jagung.

No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt