Friday, February 4, 2011

Koleksi Mutiara Kata 14

"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka"


"Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya"


"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri"


"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi"


"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan"


"Menyimpang seinci, rugi seribu batu"


"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara"


"Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"


"Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh”


"Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya”



No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt