Tuesday, February 8, 2011

Koleksi Teka-Teki 2

Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Jawapan: Orang naik beca semasa hujan

Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Jawapan: Tapak kaki kitalah.

Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.

Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus.

Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?

Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”

Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.

Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?

Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri

mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.

No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt