Friday, February 4, 2011

Koleksi Mutiara Kata 12

"Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai"


"Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda"


"Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan"


"Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri"


"Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib"


"Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil"


"Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia"


"Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran"


"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan"


"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain"


"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan"


"Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong"

No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt