Tuesday, February 8, 2011

Koleksi Teka-Teki 10

Kenapa kucing tak boleh terbang?
Jawapan: Ada ke kucing boleh terbang?

Binatang apa ada kaitan dengan buah?
Jawapan: Cacing kerawit (kelapa sawit).

Kuih apa kita tak makan kat tengah?
Jawapan: Donut.

Ada tiga orang gila, mereka tanya satu soalan, gunung apa orang tak boleh daki? Gunung apa?
Jawapan: Kalau awak jawab, sah gila!

Perut bertemu perut, lepas dimasukkan keluar air. Apa dia?
Jawapan: Mesin tebu.

Sebelum masuk ia keras, selepas masuk ia lembik dan melekit. Apa dia?
Jawapan: Gula-gula getah.

Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih kuat?
Jawapan: Perempuan. (Sebab perempuan bawa dua buah gunung, sedangkan lelaki hanya bawa dua biji telur)

Gas apa yang tidak terapung?
Jawapan: Penyedut hampagas.

Mi apa warna hitam?
Jawapan: Misai.

Kalau kita kehilanganya, kita sendiri tak boleh cari?
Jawapan: Hilang akal.

Negara apa yang sentiasa perlukan makanan?
Jawapan: Hungary (hungry=lapar)

Masukkan jari, keluarkan balik ada lendir dan melekit. Apa itu?
Jawapan: Korek hidung.

Ular apa yang paling panjang?
Jawapan: Ulasan.

Jauh di mata, dekat di hati?
Jawapan: Usus.

Men apa yang berada kat atas?
Jawapan: Mentol.

No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt