Friday, February 4, 2011

Koleksi Mutiara Kata 9

"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan"


"Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun"


"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali"


"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya"


"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia"


"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi”


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air"



"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan"

No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt