Friday, February 4, 2011

Koleksi Mutiara Kata 8

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu"


"Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali"


"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman"


"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan"


"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"


"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran"


"Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa"


"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan"


"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"


"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak"

No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt