Tuesday, February 8, 2011

Koleksi Teka-Teki 5

Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
Jawapan: Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.

Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
Jawapan: Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.

Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
Jawapan: Waktu untuk baiki jam.

Apa beza disini dan disana?
Jawapan: Huruf 'i' dan 'a'.

Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
Jawapan: Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
Jawapan: Cukai jalan.

Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?
Jawapan: Itik beradik.

Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
Jawapan: Burung raja udang.

Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
Jawapan: Hingus.

Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
Jawapan: 4 ekor burung.

Berapa kaki seekor kerbau?
Jawapan: 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).

Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?
Jawapan: Kedua-dua tak boleh terbang.

Binatang apa paling dibenci anjing laut?
Jawapan: Kucing laut.

Adakah ayam berkokok siang-siang?
Jawapan: Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).

Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?
Jawapan: Telur.

No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt