Friday, February 4, 2011

Koleksi Mutiara Kata 4

"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela"


"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab"


"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"


"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang"


"Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi"


"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"


"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang"


"Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh"


"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt