Tuesday, February 8, 2011

Koleksi Teka-Teki 7

Bintang apa paling dekat dengan bumi?
Jawapan: Bintang tiga.

Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?
Jawapan: Kerana bukan jodoh.

Tembak lantai kena hidung?
Jawapan: Kentut.

Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
Jawapan: Pohon maaf zahir dan batin.

Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?
Jawapan: Kapal terbang jatuh dalam laut.

Buah apa yang tidak mempunyai otak?
Jawapan: Semua buah.

Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
Jawapan: Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
Jawapan: Tiada, sebab burung terbang.

Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
Jawapan: Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
Jawapan: Letak di depan cermin.

Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
Jawapan: Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.

Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?

Jawapan: Kerana dia memandu waktu tengahari.

Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
Jawapan: Kerani.

Ali bin Abu, lembu bin apa?
Jawapan: lembu binATANG.

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Jawapan: Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.

No comments:

Post a Comment

Sistem SMS Pukal Termurah

Rahsia Menjual T-Shirt