Jika seorang imam sedang solat, tiba-tiba datang seekor anjing lalu menjilat kakinya. Adakah solat imam itu sah?
Ada satu jambatan yang kukuh sekali, mula-mula datang seekor gajah tetapi jambatan itu tetap teguh, kemudian datang pula seekor semut dan jambatan itu roboh. Kenapa?
Jika diberi kertas ini anda tidak akan membakarnya?
Siapa yang boleh dirunding mengenai soal hati?
Kawasan paling banyak air?
JAWAPAN
- Sah. Kerana anjing itu menjilat kakinya, bukan kaki imam.
- Kerana jambatan itu hanya kukuh sekali sahaja.
- Duit kertas.
- Doktor la. Huhuhu...
- Airport.
Kereta ini besar, tetapi kalu diberi percuma tiada siapa yang ingin naik. Kereta apa?
Gunung apa yang kematian suami?
Sungai apa paling banyak air?
Tie apa berbelang-belang?
Kerja apa yang wanita tak boleh join?
JAWAPAN
- Kereta mayat.
- Gunung Kina(balu).
- Sungai Missisipi (air = i).
- Tiger.
- Salesman la. Kalau wanita orang panggil Saleswoman.
No comments:
Post a Comment